“Tak mungkin saya bagi anak, isteri makan dari sumber haram” – Shuib tepis dakwaan ‘cuci duit’

Oleh MAISARAH AISYA

Pelbagai spekulasi timbul mengenai pelawak dan usahawan Shuib yang dikatakan terlibat dengan spekulasi ‘cuci duit’.

Namun dakwaan itu disangkal Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dengan menyatakan bahawa dia masih tahu beza halal dan haram dalam mencari rezeki.

Ketika ditemubual mStar, bekas dj radio itu mengakui dirinya juga menjadi duta kepada enam produk di samping menjadi usahawan.

Malah selepas beberapa tahun berkecimpung dalam dunia seni dan perniagaan, pastinya dia ada simpanan sendiri.

“Mak saya pesan, jangan makan duit haram, buat kerja haram. InsyaAllah saya jaga. Saya nak bagi makan anak bini, takkan dari sumber bukan-bukan.

“Kalau betul anda nak tahu, nak mengkaji tentang kewangan saya, datang jumpa saya depan-depan,” ujarnya dalam temubual tersebut.

Baca Artikel Penuh