Selalunya yang sibuk hal rumah tangga orang ni wanita, jarang sangat para suami ambil kisah tapi dalam sesetengah kes, lelaki pula melebih.
Siapa sahaja selesa kalau hal rumah tangga dimasuk campur oleh ipar duai hingga segala benda nak dikritik.
Seorang wanita menerusi Facebook ‘Geng Suri Rumah’ berkongsi perihal birasnya yang gemar masuk campur hal keluarganya.
Di bawah adalah luahan tersebut.
Biras saya ni lelaki, dia jenis lembut tapi banyak mulut dan suka mengumpat. Ada satu hari tu dia datang rumah tanya kenapa saya tak kongsi bayar komitmen rumah.
Katanya isteri dia bayar separuh-separuh komitmen rumah. Sedangkan saya ni tak dibenarkan suami untuk bekerja.
Suami elok sahaja bayar semua, tak ada pula makan pasir kami sekeluarga walaupun saya ni hanya seorang seorang suri rumah sepenuh masa.
Dekat mata biras, saya ini ‘low class’ sebab tak kerja, tak bayar komitmen, semua duit suami saya sediakan.
Tapi dia bercakap tak pandang kiri kanan, kalau dia tak berduit, suami saya juga dicari untuk pinjam wang,
Saya tak suka sebenarnya lelaki yang jenis mengumpat dan ‘masuk kain’ orang, bab duit, rumah tangga semua nak campur walaupun keluarga, tetap rasa meluat dan tak selesa.
Kadang-kadang bila dia dengan isteri tak sempat jaga anak dia, boleh pula dia ‘campak’ anak ke rumah saya.
Boleh pula rancang nak sekolahkan anak dia dekat dengan rumah saya sebab katanya saya tak kerja jadi boleh ambilkan anak dia sekolah.
Saya jenis tak pandai nak terus erang tapi suami ada cakap tak nak tapi si biras dengan isteri mengadu dekat mak.
Sekarang mak pula macam nak memaksa saya jaga anak saudara saya, sedap dia je nak hambakan orang sebab tak kerja.
Baca juga: “Suami bukan main bangga bayar zakat RM2k, tapi yuran anak tertangguh, segala bil aku yang tanggung”