Tak pernah ada kad kredit, Dynas Mokhtar terkejut duit lesap dalam bank, jumpa banyak transaksi mata wang asing

Oleh MAISARAH AISYA

Pelbagai taktik digunakan ‘scammer’ untuk mencuri duit dalam akaun walaupun sudah sehabis baik mengikuti langkah berjaga-jaga semasa berbelanja menggunakan kad bank.

Pelakon, Dynas Mokhtar mengakui terkejut apabila mengetahui semua wang simpanan dalam akaun simpanan peribadinya.

Lebih mengejutkan, Dynas memaklumkan terjumpa beberapa transaksi pelbagai mata wang asing selepas memeriksa penyata banknya.

“Beberapa hari lalu, lepas balik dari penggambaran, saya nak bayar gaji pembantu peribadi dan saat itulah saya sedar duit saya dalam bank dah tiada.

“Saya ada kad debit tapi tak pernah ada kad kredit. Saya fikir, okaylah kad debit selamat sebab kita tak berhutang.

“Saya periksa penyata saya dan ada transaksi daripada pelbagai mata wang lain,” katanya dalam video dimuat naik di Instagram.

Baca Artikel Penuh