Tak pernah lulus atau lesenkan kegiatan Quantum Metal, ini penjelasan BNM

Oleh WAN SITI AMINAH

Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan pihaknya pernah melulus atau melesenkan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB).

Jelasnya, QMSB adalah institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Oleh yang demikian, institusi itu perlu melaksanakan inisiatif pencegahan bagi mengelakkan aktivitinya disalahguna sebagai saluran kegiatan pengubahan wang haram atau aktiviti pembiayaan keganasan.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak bermakna produk dan aktiviti perniagaan yang dijalankan QMSB diberikan kelulusan atau lesen di bawah undang-undang ditadbir BNM.

“BNM ingin menjelaskan beberapa dakwaan dan salah nyata fakta yang tular menerusi domain awam berhubung dengan urusan Quantum Metal Sdn. Bhd (QMSB).

“Status QSMB sebagai institusi pelapor tidak bermakna produk dan aktiviti perniagaannya, seperti produk dan dagangan emas, adalah didaftarkan, diluluskan atau dilesenkan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM.

Baca Artikel Penuh