Tak puas hati anak gagal ujian memandu, ibu marah polis di litar

Oleh KIM SYAZIE

Terlebih emosi, seorang wanita bertindak memarahi pegawai polis pemantau selepas anaknya gagal dalam ujian memandu.

Menurut Kompas, klip video wanita telah tular di Indonesia selepas dimuat naik dalam akaun TikTok, @birulangit153.

Kejadian tersebut berlaku di Sekolah Memandu Pusat Keselamatan Riau (RSDC).

@birulangit153

Membalas @userrr9394891 kalau mau ikut ujian harus mampu dulu kata pakpol nya 😌 #SerunyaGayaBareng

♬ Meluncur Ke Tkp Siap 86 – Rahmad Remix

Menerusi video itu, dapat dilihat wanita itu menghampiri pegawai polis pemantau yang berada berhampiran litar, namun dia diarahkan keluar.

Anak wanita tersebut dikatakan gagal dalam ujian litar hingga menyebabkan wanita tersebut hilang pertimbangan sebelum memarahi pegawai tersebut.

Pegawai itu bagaimanpun menegur wanita berkenaan sebelum tercetus pertengkaran di antara mereka.

“Saya penguji. Hei, anda ke sana! Kami boleh buktikan sejauh mana kemampuan anak anda,” marah pegawai itu dalam nada suara tinggi.

Ketua Perhubungan Awam Polis Riau, Nandang Mu’min Wijaya memaklumkan bahawa pelajar itu bersama ibunya telah meminta maaf kepada pegawai tersebut.

Baca juga: Rupanya boleh pakai lagi! Ini cara berkesan buang kesan terbakar pada seterika.