Tak puas hati dibuang sekolah, rupanya ini punca individu tak isytihar miliki 6 rumah sewa

Oleh MALAYSIADATELINE

Tular beberapa hari mengenai individu dikenali sebagai Zanuar Osman yang memiliki beberapa buah rumah sewa namun masih menerima Sumbangan Tunai Rahmah.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook Zanuar yang kini sudah dikunci memaklumkan bahawa dia tidak mengisytihar rumah sewanya kerana pernah dibuang sekolah.

“STR berada di bawah Kementerian Kewangan (MOF). Isu ini tular pada malam Sabtu. Keesokan paginya, saya memadam hantaran berkaitan STR di Threads dan mengunci (private) semua media sosial saya.

“Permohonan STR saya diluluskan kerana MOF yang meluluskannya, dan kelulusan diberikan kerana saya memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

“Mengapa saya tidak mengisytiharkan sewa rumah? Kerana kerajaan yang mengeluarkan saya daripada sekolah dahulu.

“Bila saya sudah maju dengan usaha sendiri, kerajaan pula mahu mengambil wang daripada saya. Apakah keadilan dalam hal ini?” ujarnya dalam hantaran sebelum akaun Facebook dikunci.

Jelasnya dia tidak mahu hasil titik peluhnya ‘disakau’ oleh kerajaan malah sanggup tidak mengisytihar gaji untuk menuntut lebihan Potongan Cukai Bulanan (PCB).

“Sebab itulah apabila saya bekerja di satu tempat PCB dipotong terlalu tinggi, saya sanggup berhenti kerja dan berniaga di tepi jalan kerana saya tidak rela hasil titik peluh saya ‘disakau’ oleh kerajaan.

“Tambahan pula, setiap tahun saya tetap mengisytiharkan gaji kerana mahu menuntut semula lebihan PCB sehingga habis.

“Saya menjalankan perniagaan rumah sewa kerana ketika saya pernah mengalami sakit skizofrenia, kerajaan dan orang ramai tidak membantu keluarga saya.

“Sekiranya saya jatuh sakit lagi pada masa depan, sekurang-kurangnya pendapatan rumah sewa ini dapat membantu keluarga saya,” jelasnya.

Rata-rata pengguna media sosial bengang kerana kini cukai yang mereka dapat diberikan kepada orang yang tidak layak.

“Aikkk tapi duit aku bayar cukai bagi STR kat kau boleh pula kau ambil ye? Banyak cantik hak dia tak nak kongsi tapi hak orang dia nak. Semoga semua yang dia dapat daripada hasil aku bayar cukai ini ditarik balik.

“Bengang pula baca hantaran terbaru Zanuar Osman itu. Kerajaan tak layak dapat hasil titik peluh dia kononnya tapi ‘hamak’ juga JPA. Sebenarnya anak-anak sekolah itu pun semua hasil cukai rakyat.

“Ooo marah kerajaan terajang dia keluar dari sekolah. Tapi dia cerita dalam blog dia, dia budak bermasalah sampai kes polis, masuk pemulihan akhlak, bergaduh dengan budak Cina dan India.

“Tak isytihar pendapatan sebab kena buang sekolah? Tunggang terbalik cara berfikir,” antara komen netizen.

Baca juga: Tular video pelancong ‘interview’ Ayden Adrean, netizen puji cara didikan Bella Astillah