Tak sampai 2 minggu beranak czer, Ayda Jebat cabar diri mahu kurus sehingga 46kg dalam 30 hari

Oleh KIM SYAZIE

Siapa tidak kenal dengan penyanyi kecil molek, Ayda Jebat yang baru sahaja melahirkan anak keduanya 12 Disember lalu.

Biarpun masih dalam pentang kerana kelahiran anaknya dilakukan secara pembedahan, namun Ayda atau Nur Suhada Jebat sudah menyatakan keazaman untuk menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram (kg) dalam tempoh 30 hari.

Penyanyi berusia 31 tahun itu berkata, cabaran tersebut dilakukan bagi mendapatkan semula berat badannya sebelum hamil anak kedua iaitu sekurang-kurangnya 46kg.

“Hendak buat cabaran kuruskan badan dalam tempoh 30 hari!

“Berat saya sebelum hamil anak nombor dua adalah 43kg. Kali terakhir timbang berat sebelum bersalin sudah 55kg.

“Cabaran untuk diri sendiri ialah sekurang-kurangnya turun kepada 46kg dalam tempoh 30 hari. Rasa-rasanya boleh atau tidak?” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Baca Artikel Penuh