Tak sampai sejam beli Proton X50 baharu, kereta dah tenggelam dalam banjir, nasib baik terdetik ambil perlindungan

Oleh KIM SYAZIE

Sepasang suami isteri terpaksa berputih mata melihat kereta baharu jenis Proton X50 yang baru dibeli mereka ditenggelami air susulan kejadian banjir kilat di Puchong.

Lebih menyedihkan, pasangan itu baru sahaja membeli kenderaan tersebut kurang daripada sejam.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna Facebook, Azhazul Azri, adiknya yang merupakan jurujual sempat bergambar dengan pemilik kenderaan terbabit pada jam 5 petang, namun kejadian malang berlaku sejam kemudiannya.

Begitupun difahamkan, pasangan itu sempat mengambil perlindungan khas bencana dan ianya akan ditanggung pihak insurans sepenuhnya

“Adik saya hantar kereta pelanggan jam 5 petang. Jam 6  petang kereta pelanggan tenggelam banjir.

“Mujur adik saya paksa pelanggan (kawan dia) tambah cover special perils.

Baca Artikel Penuh