Kadar bil elektrik yang tinggi menjadi faktor pemilik rumah merasa ‘takut’ untuk memiliki penghawa dingin atau aircond.
Namun, cuaca panas melampau yang sedang melanda negara saat ini telah membuatkan orang ramai menyimpan keinginan untuk membeli aircond.
Jangan bimbang, anda masih boleh berjimat sambil menggunakan aircond dengan mengikuti tips yang dikongsi oleh wanita bernama Nur Nadia ini.
1. Tutup suis utama
Sentiasa tutup suis utama setiap kali anda mahu mematikan aircond. Dengan cara ini, penggunaan elektrik dapat dijimatkan sebanyak 10 peratus.
2. Guna timer
Menghadkan penggunaan dengan tetapan timer supaya aircond boleh ditutup pada waktu-waktu tertentu secara automatik.
3. Tetapkan suhu yang tepat
Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C merupakan suhu yang selesa. Jika ditetapkan pada suhu 18°C, ini akan memaksa kompressor untuk mencapai suhu tersebut.
4. Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit, menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.
5. Servis secara berkala
Segera servis unit aircond anda jika ia meniupkan udara panas. Jika mahu lebih jimat, pilih aircond jenis inverter yang lebih mesra alam.
6. Pasang kipas sebagai alternatif
Kipas juga boleh menyejukkan ruang dan suhu. Jika kedua-dua alatan elektrik itu dipasang secara alternatif, aircond tidak perlu dipasang dalam tempoh yang lama.
Baca juga: “Suami terlanjur dengan adik aku sendiri masa tengah penat berpantang, luluh hati…”