Ragam kanak-kanak pastinya sukar dijangka apatah lagi ketika membawa menaiki pesawat untuk melancong ke luar negara.
Namun ini bukanlah alasan untuk menghalau kanak-kanak hanya kerana mereka membuat perangai yang tidak boleh dikawal.
Seorang pemuda menggunakan akaun Facebook Fear Dawooz memuat naik hantaran mengenaik sikap sombong ketua kabin krew.
Sudahlah biadap, tiada langsung tolenrasi terhadap kanak-kanak yang hanya berusia dua tahun.
Malah ketika pengadu dan pasangan meminta safety belt juga tak dibenarkan malahkapten kapal tersebut juga membuat pengumuman khas.
Penumpang tersebut diminta duduk di tempat asal dan jika tidak kapal tidak boleh berlepas, berkemungkinan kapten tidak tahu situasi sebenar.
Malah hingga kapal terbang mendarat tiada kata maaf daripada chief kabin krew tersebut hingga pemuda itu nekad untuk menyimpan segala bukti video kejadian yang berlaku.
Rata-rata warganet turut berang dengan kejadian yang berlaku malah pelik mengapa safety belt tidak diberikan.
“Mengarut betul airline ni. Tak ada common sense! Biar budak duduk atas seat sendiri dan seat belt pun tak ketat elok-elok tu kira safety ke? Baik bagi budak tu duduk dgn mak dia.
“Bagi la safety belt untuk budak lebih selamat, tak semua budak boleh tenang dlm flight. Jari cabin crew kena la be flexible,memang patut kena buat aduan,” komen Nurfaezah.
Kes sebegini tidak sepatutnya terjadi kerana pesawat terbang setiap jam maka pelbagai kerenah akan dihadap kabin namun ini hanyalah kanak-kanak, mengapa masih berkasar.