Tawaran, melobi atau sogokan … yang mana satu rasuah?

Oleh BORHAN AHMAD

Ucapan Mahiaddin yang paling “jujur dan berterus terang” pada 13 Ogos 2021 yang disiarkan secara ‘live’ di TV dibalas dengan aduan polis dengan tajuk Sogokan untuk MP: AMANAH gerakkan laporan polis jam 11 hari ini di seluruh negara pada 14 Ogos 2021.

Tawaran dan janji manis pelbagai bentuk oleh PM ditolak oleh 120 Ahli Parlimen pembangkang kerana apa yang mereka mahu adalah PM Tebuk Atap hendaklah digantikan dengan pemimpin pilihan mereka sendiri.

Mungkin turut terkesan adalah ‘pengipas, pelambung dan penjilat’ yang turut berada dalam barisan kepimpinan kerajaan sedia ada.

Adakah PM akan didakwa dan bersalah dalam hal ini? Turut terkesan adalah pemimpin lain yang juga turut di tuntut untuk melepas jawatan kerana dianggap bersekongkol dan tidak upaya menjalankan tugas dengan ‘bersih, cekap dan amanah’.

Adakah boleh dan benarkah dakwaan yang dibuat oleh aktivis politik berhaluan lain tersebut? Mampukah dan berjayakah usul dakwaan tersebut dilaksanakan?

Adakah para pemimpin dulu, kini dan selamanya dianggap ‘rasuah’ atau ‘korup’?

Baca Artikel Penuh