Belum lagi selesai kes cerai di mahkamah, isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri sekali lagi diduga apabila disahkan hamil.
Kandungan yang memasuki usia 10 minggu, Shuhada akui dia perlu kuat demi rezeki yang dikurnia Ilahi walau harus berdepan dengan tekanan.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Shuhada mendedahkan bahawa ubat-ubatan yang dibekalkan untuk merawat tekanan tidak boleh diambil.
Hal ini kerana, ubat tersebut dikhuatiri mungkin memberi kesan yang buruk kepada anak ketiga yang berada di dalam kandungan Shuhada.
“Saya dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dihadapi sekarang. Saya perlu kuat untuk terus jaga Humairah dan Umar. Sekarang termasuk anak dalam kandungan.
“Halangan terbesar sekarang ialah usia kandungan masih awal. Saya tidak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan.
“Saya takut ia akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat,” tulisnya.
Terdahulu, kes permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan Hafidz Roshdi ditangguhkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Hafidz memberitahu mahkamah lafaz cerai terhadap isterinya dibuat tanpa niat.
“Jadi dia memohon mahkamah untuk meneliti lafaz cerai sama ada lafaz itu sah atau boleh menggugurkannya.” Kata sumber terdekat Hafidz.
Baca juga: “Hina sangat ke kerja kami ni? Jangan pandang sebelah mata ye, tengok gaji terbeliak semua..”