Tembak gas pemedih mata dalam stadium Ketua Polis Malang dipecat, 9 pegawai digantung tugas

Oleh NASUHA RAHMAN

Menggunakan gas pemedih mata di dalam Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, Sabtu lalu sehingga menimbulkan rusuhan Ketua Polis Malang, Indonesia dipecat manakala sembilan pegawai elit polis digantung tugas berkuat kuasa semalam.

Insiden rempuhan di stadium yang mengorbankan 125 nyawa serta mencederakan 323 mangsa dikatakan berpunca daripada tindakan polis melepaskan gas pemedih mata.

Jurucakap Polis Negara, Dedy Prasetyo mengesahkan, Ketua Polis Malang, Ferli Hidayat dipecat semalam, manakala sembilan anggota polis elit yang digantung tugas berdepan hukuman sama jika didapati bersalah dalam perbicaraan tatatertib.

“Seramai 19 pegawai polis lain yang bertanggungjawab menembak gas pemedih mata itu juga sedang disiasat.

“Polis juga sedang menyoal siasat saksi dan menganalisis video daripada 32 kamera keselamatan di dalam dan luar stadium serta sembilan telefon bimbit milik mangsa sebagai sebahagian daripada siasatan yang akan turut mengenal pasti suspek,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Joko Widodo mengarahkan liga bola sepak perdana digantung sehingga keselamatan dinilai semula dan tahap keselamatan diperketatkan.

Baca Artikel Penuh