Tergamak pasangan remaja ini buat hubungan terlarang atas motor, depan kubur pulak tu

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Hilang rasa malu anak muda sekarang sehingga sanggup melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat terbuka.

Apatah lagi ia dilakukan di tempat yang mengingatkan kita kepada kematian iaitu tanah perkuburan.

Menurut Tribun Medan, kejadian berlaku di Kebayoran Lama di Jakarta Selatan di Indonesia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kebayoran Lama, Kompol Widya Agustiono memaklumkan mereka tidak menerima sebarang maklumat berhubung perbuatan tidak senonoh tersebut.

“Kita siasat dulu,” kata Widya ketika dihubungi.

Widya turut memberitahu, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada pasangan remaja berkenaan benar-benar melakukan perbuatan lucah atau tidak.

Video tersebut juga hanya menampakkan kaki mereka, manakala bahagian atas pasangan tersebut pula dilihat seperti ditapis.

“Polis sedang menyiasat sama ada benar video itu didakwa lucah.

“Kerana tidak jelas, mereka sedang memeriksa sama ada lokasi itu betul atau tidak,” katanya.

Baca juga: Kerap tahan kencing, doktor jumpa batu karang bentuk halia dalam badan wanita