Terlalu percayakan rakan, wanita kecewa ditipu RM180,000 untuk majlis kahwin

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Sudah berhabisan ratusan ribu demi hari bahagia bersama suami namun segalanya hancur selepas majlis yang dijanjikan rakan tidak dilaksanakan dengan betul.

Menurut temubual bersama mStar, Shaniena Natasya terkedu selepas ditipu perancang perkahwinan yang juga rakannya sendiri.

Bukan sedikit wang yang dibayar untuk majlis perkahwinan tersebut malah Shaniena sudah membayar sebanyak RM180,000.

“Ada yang kata dia guna duit itu untuk bersuka ria seperti beli barang berjenama dan sewa kereta.

“Itu sahaja yang saya tahu, yang lain saya tak tahu apa yang dia lakukan dengan amaun yang banyak macam tu.

“Sebab amaun RM180,000 tu adalah lebih banyak daripada jumlah yang saya sasarkan,” katanya seperti dipetik mStar.

Tidak berdiam diri dan rela diri ditindas, Shaniena membuat laporan polis dan kini sedang menunggu siasatan penuh.

Baca juga: Biar betul main game pun boleh dapat RM31 Juta? Ini senarai ‘gamers’ paling kaya dunia