Seorang lelaki tidak menyedari telah meninggalkan isteri dan anaknya di tepi jalan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.
Hampir dua jam berlalu, barulah lelaki yang bernama Adam itu perasan bahawa anak dan isterinya tiada di tempat penumpang.
Kejadian tersebut bermula apabila Adam berhenti di tengah jalan setelah mengambil selekoh yang salah.
Ketika Adam cuba mengingati arah yang betul, isteri dan anaknya turun dari motor untuk menghilangkan lenguh badan.
Adam kemudian meneruskan perjalanan sejauh 70 kilometer sebelum pusing semula setelah menyedari kehilangan mereka.
Mulanya menyangka anak dan isterinya jatuh, Adam kemudian ditelefon oleh anggota polis yang memberitahu bahawa keluarganya selamat di balai.
Kejadian tersebut disahkan oleh Ketua Polis daerah Wanasari, Jawa Barat, Indonesia iaitu Triyono Raharjo.
Menurut Triyono, kejadian yang berlaku pada pukul 11.40 malam, Ahad lalu itu dilaporkan oleh penduduk di kawasan kampung berkenaan.
Mereka melihat isteri Adam iaitu Siti Aminah dan anaknya sedang keseorangan di tepi jalan raya yang gelap itu.
“Memang benar, suami isteri itu musafir pergi ke Kediri (terletak di Jawa Timur) dengan menaiki motor,” katanya.
Baca juga: “Dah macam tak ada hari lain nak baiki jalan, orang nak balik kampung lah!”