Rakyat Malaysia yang bekerja di Johor Bahru berkongsi realiti pahit dihadapi sebahagian daripada mereka, yang walaupun bergaji sekitar RM3,000 sebulan, sukar untuk menyesuaikan diri dengan tekanan kos sara hidup.
Jika di negeri lain jumlah itu mungkin masih dianggap sederhana atau mencukupi, situasinya berbeza di bandar sempadan seperti Johor Bahru.
Kedudukan JB yang bersebelahan dengan Singapura menjadikan ekonomi tempatan terkesan secara langsung dengan kuasa beli dolar Singapura yang jauh lebih kukuh berbanding ringgit.
Akibatnya, harga barangan, sewa rumah dan perkhidmatan di sekitar bandar itu dikatakan agak mahal seiring permintaan daripada pekerja dan pelancong yang memperoleh pendapatan dalam dolar Singapura.
Bagi pekerja tempatan yang dibayar dalam ringgit, keadaan ini mewujudkan jurang ketara. Mereka terpaksa membeli barangan pada harga yang ‘terasa seperti luar negara’, sedangkan gaji tidak berubah.
Seorang pengguna media sosial menggambarkan keadaan ini sebagai bukan sekadar “miskin bandar”, tetapi lebih kepada rasa “terhina” apabila terpaksa bersaing dalam ekosistem ekonomi yang tidak seimbang.
“Kategori keselesaan gaji RM3,000 mengikut negeri. Kelantan: kaya. Kuala Lumpur: Miskin bandar. Johor Bahru: Miskin lagi hina,” tulis pengguna Threads f4rh4nnn._
Perkongsian itu turut disokong seorang individu yang bekerja di JB, kerana menurutnya mereka terpaksa bersaing dengan duit Singapura.
“Tapi yang paling “sakit” ialah Johor Bahru. RM3,000 dekat JB ni bukan setakat miskin, tapi rasa macam “terhina” sebab kau kena bersaing dengan kuasa besar Dolar Singapura. Harga barang dekat sana dah macam harga luar negara tapi gaji kita tetap Ringgit Malaysia,” kata tidurmasyuk.
“Gaji yang RM7,000 hingga RM8,000 pun tak rasa selesa ya kalau duduk JB. Agaknya kena RM15,009 hingga RM20,000 ke ek? Rasa macam nak pindah,” komen pula azianeemmalise.
“Kos hidup di JB sangat tinggi. Sangat betul,” kata erin.retroholic.
Baca juga: Warga emas disah hidap buah pinggang tahap 5, terpedaya minuman dibeli di TikTok?