Tertinggi dalam sejarah negara, Anwar umum gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus

Oleh WAN SITI AMINAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kenaikan lebih 13 peratus membabitkan gaji penjawat awam mulai 1 Disember depan.

Anwar dalam pengumuman tersebut turut memaklumkan bahawa kenaikan gaji kali ini sekaligus mencatatkan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

Khabar gembira ini dikongsikan Anwar dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), lapor Astro Awani.

Baca Artikel Penuh