Teruja lihat rumah Siti Nurhaliza, peminat dari Indonesia melompat gembira, siap jerit nama

Oleh KIM SYAZIE

Siapa sahaja tak teruja apabila berada di negara yang sama dengan artis disukai, begitulah reaksi peminat dari Indonesia selepas melihat rumah milik Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Lalu di hadapan rumah penyanyi lagu Nirmala ini sudah melompat-lompat, tak tahulah jika dapat bertentangan empat mata nanti.

Datuk Siti atau lebih mesra dipanggil TokTi bukan sahaja dikenali di Malaysia malah mempunyai ramai peminat di Asia apatah lagi negara jiran, Indonesia.

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang warga Indonesia yang berkunjung ke Malaysia dan singgah dihadapan rumah TokTi.

Bila sudah minat seseorang artis, pastinya ada reaksi taktala berada dekat walaupun tidak berjumpa.

Samalah seperti warga Indonesia ni, bukan main teruja sampai terlompat-lompat dapat tengok rumah TokTi.

Mungkin ada antara anda yang tahu dan pernah lalu depan rumah TokTi ni. Lepas ni bolehlah bergambar depan rumah beliau pulak kan.

Lebih melucukan Datuk Siti sendiri pernah memaklumkan dia mendengar peminat menjerit namanya dari luar dan hanya mampu tertawa.

Malah dia juga pernah membalas sahutan tersebut namun tidak keluar dari rumahnya.

Begitu sekali para peminat cuba mencari jalan bertemu artis kegemaran, tak jumpa tuan tapi dapat lihat rumah sekalipun cukuplah.

Baca juga: Puteri Sarah dituduh tak hormat edah, sekali Yusof Haslam โ€˜back-upโ€™, โ€œapa masalahnya kalau nak nampak kemas?โ€