Terus cari ‘roadblock’ lepas cabut sticker roadtax, lelaki dipuji JPJ jadi orang pertama guna aplikasi

Oleh KIM SYAZIE

Sejurus selepas mencabut pelekat roadtax atau cukai jalan, seorang lelaki di Perlis bertindak mencari roadblock atau sekatan jalan raya.

Hal ini kerana pemuda itu teruja untuk menguji keberkesanan aplikasi MyJPJ yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini.

Berjaya menemui sekatan jalan raya, lelaki berkenaan mula merakam rakannya yang berada di tempat duduk pemandu.

Menerusi rakaman yang dimuat turun di aplikasi TikTok itu, pemandu itu segera menunjukkan cukai jalan digitalnya apabila diminta penguatkuasa.

“Lepas buang roadtax di cermin, kita ronda cari roadblock. Nak jadi cerita, jumpa roadblock JPJ. Bukan selalu JPJ nak puji nih,” tulis kapsyen video itu.

Setakat ini, video yang diposting oleh @namasayahaziq_ itu telah mendapat lebih satu juta tontonan dan 59,000 tanda suka.

Baca Artikel Penuh