Gelagat seorang pemuda yang terkejut melihat seekor ayam berada di dalam lif sebuah perumahan, mencuit hati ramai.
Menerusi perkongsian akaun @sparkkpistols, ayam itu kelihatan sedang duduk diam ketika pintu lif dibuka. Mungkin haiwan tersebut juga sedang terkejut.
“Balik raya nak naik lif. Dalam lif ada ayam. Ayam siapa?,” tulis individu itu pada kapsyen video
Rakaman tular itu menarik perhatian ramai kerana terhibur melihat situasi yang tidak pernah dilihat.
Mereka berseloroh mengatakan ayam sekarang pun sudah malas berjalan, lebih pilih naik lif untuk pulang ke rumah.
“Dah pandai ya cik yam jalan naik lif. Nak beraya rumah siapa lah tu,” tulis RBK978.
“Nak pergi interview KFC,” komen Zaph.
Baca juga: Pertandingan paling ‘berani’ di Terengganu, tidur dalam kubur boleh menang RM2.5k?