Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memulakan proses menyekat semua kapal yang cuba memasuki atau keluar dari selat tersebut, sambil menyifatkan angkatan laut negaranya sebagai ‘yang terbaik di dunia’.
Menurut kenyataannya di media sosial, Trump turut mengarahkan tenteranya untuk memintas semuaa kapal di perairan antarabangsa yang didakwa telah membayar tol kepada Iran.
Presiden Amerika Syarikat itu turut memberi ugutan bahawa tiada satu kapal pun akan dibenarkan melalui dengan selamat.
“Saya juga telah memberi arahan kepada Tentera Laut kita untuk mengesan dan menyekat setiap kapal di Perairan Antarabangsa yang telah membayar tol kepada Iran,” jelasnya.
Selain itu, beliau menyatakan tentera laut akan memusnahkan periuk api yang didakwa dipasang oleh Iran di selat berkenaan, dan memberi amaran keras akan membalas serangan oleh pihak Iran dengan tindakan ketenteraan tegas
“Tiada pihak yang membayar tol haram akan memperoleh laluan selamat di laut lepas. Kami juga akan mula memusnahkan periuk api yang dipasang oleh pihak Iran di Selat tersebut.
“Mana-mana warga Iran yang melepaskan tembakan ke arah kita, atau ke arah kapal-kapal awam, akan dibinasakan sepenuhnya,” jelasnya.