Trump umum lanjutan genjatan senjata perang dengan Iran

Oleh ROSLAN ZAMAN

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pelanjutan genjatan senjata dalam konflik peperangan US-Israel terhadap Iran.

Trump berkata beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had, beberapa jam sebelum ia dijadual tamat.

Katanya, ia bagi membolehkan kedua-dua negara meneruskan rundingan damai untuk menamatkan perang yang telah mengorbankan ribuan nyawa dan menggugat ekonomi global.

Menurut kenyantaannya lagi, penangguhan serangan ke atas Iran itu adalah untuk memberi ruang sehingga pemimpin dan wakil mereka dapat mengemukakan satu cadangan yang Bersatu

Namun begitu, pengumuman Trump itu dilihat dibuat secara sebelah pihak dan tidak jelas sama ada Iran atau sekutu AS, Israel, akan bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata yang bermula dua minggu lalu.