Tular foto isteri tanpa seurat benang selepas berlaku curang, ini kronologi kejadian

Oleh WAN SITI AMINAH

Bertindak di luar kawalan, seorang suami dilaporkan telah memuat naik foto isterinya tanpa seurat benang di media sosial baru-baru ini.

Siapa sangka, perbuatan keterlaluan tersebut dilakukan setelah lelaki durjana itu ‘kantoi’ berlaku curang bersama wanita lain pada awal Mac lalu.

Foto tersebut difahamkan diambil selepas pasangan itu melakukan hubungan intim ketika bercuti ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mengambil foto isteri tanpa seurat benang, lelaki berkenaan sempat mencipta alasan kononnya ada kesan merah-merah di pipi wanita tersebut.

Detik indah itu bertukar suram apabila pasangan berkenaan mula bertengkar setelah melanjutkan percutian luar negara mereka ke bumi Turkiye.

Pertelingkahan itu dikatakan berpunca daripada penemuan sang isteri akan satu perbualan mesra antara suami dengan wanita lain di telefon bimbit.

Bukannya menginsafi perbuatannya, lelaki itu malah bertindak menyebarkan foto aib isterinya menerusi ‘status’ Whatsapp dan juga Facebook.

Teraniaya, sang isteri yang merupakan warganegara seberang itu membuat laporan di Balai Polis Daerah Samarinda, Indonesia sejurus pulang ke tanah air.

Memetik laporan Detik.com, kejadian mengejutkan itu didedahkan oleh peguam yang mewakili isteri, Diah Lestari.

“Korban (mangsa) juga menerima ancaman bunuh daripada suaminya. Kami sudah membuat laporan atas tindakan ugutan tersebut.

“(Kami juga melaporkan) penyebaran foto keterlaluan di media sosial seperti yang termaktub dalam akta 29 UU RI Nombor 19 tahun 2016,” katanya memetik Detik.com.

Menurut Diah, suami kepada anak guamnya itu pernah dipenjara beberapa tahun lalu atas kes penghinaan terhadap Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Baca juga: Rider tergamam, dilimpahi rezeki lepas bantu baiki rantai basikal milik anak istimewa