Umno tarik sokongan bukan mahu Anwar jadi PM, mereka mahu kuasa

Oleh KIM SYAZIE

Langkah Umno menarik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti dijangka hanya mahu memastikan parti itu kembali berkuasa dan menjadi Perdana Menteri.

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Samad berkata, mustahil Umno mahu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerana Umno pun sememangnya mahu menguasai kedudukan itu.

Bagaimanapun beliau berkata, Umno tidak boleh memimpin tanpa sokongan blok terbesar ketika ini iaitu Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 89 Ahli Parlimen.

Bahkan katanya, Umno tidak mungkin meminta sokongan Bersatu selepas mereka sendiri mengkhianati Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

“Kita tahu bahawa Umno tarik sokongan bukan kerana dia nak sangat Anwar jadi PM. Kita jangan terlalu naif sehingga kita menganggap Umno sokong nak letakkan Anwar sebagai PM.

“Tapi lebih kepada kemungkinan mereka nak jatuhkan Mahiaddin supaya mereka pula nak jadi PM. Mereka dah telah letak nama Tengku Razaleigh sebagai satu-satunya calon, ini yang kita baca dalam media.

Baca Artikel Penuh