Suhu politik negara kini kembali meningkat tatkala tindakan empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menyebabkan kepada Pilihan Raya Negeri setelah TYT Melaka, Tun Dr Ali Rustam mengisytiharkan pembubaran DUN Melaka.
Tindakan yang dibuat ini telah melanggar perintah Yang di-Pertuan Agong apabila baginda menasihatkan supaya kurangkan berpolitik dan beri tumpuan kepada kebajikan rakyat.
Untuk mengadakan PRN pada ketika ini, ia merupakan satu tindakan yang kurang bijak bahkan memberi risiko yang amat besar kepada ekonomi negara dan keselamatan rakyat.
Seharusnya, negeri Melaka yang baru beralih dari Fasa 2 ke Fasa 3 perlu diberi ruang untuk membangunkan kembali ekonomi negeri mereka tanpa ada sebarangan halangan dan memastikan kebajikan serta keselamatan rakyat terus dipelihara setelah hampir dua tahun rebah akibat penularan wabak Covid-19.
Angka jangkitan baharu yang semakin berkurangan sejak beberapa hari yang lalu telah menunjukkan kita hampir menemui jalan kemenangan secara bersama melawan virus tersebut.
Jadikan PRN Sabah tahun lalu sebagai satu pengajaran kepada kita semua bahawa akibat ketamakan kuasa dan kedudukan, nyawa rakyat menjadi korban.
Setelah PRN tersebut berlangsung, peningkatan kes jangkitan secara mendadak berlaku sehingga sebahagian sektor ekonomi negara terpaksa ditutup dan angka kematian terus meningkat.
Kita perlu meletakkan keselamatan dan kebajikan rakyat sebagai agenda utama bagi memastikan kehidupan rakyat terus diperlihara tanpa memikirkan perebutan kuasa dan kedudukan yang dipilih oleh rakyat sendiri setelah berlaku PRN kelak.
————————
Penulis merupakan Timbalan Pengarah Strategi Biro Pendidikan AMK Malaysia