Ada sebab mengapa setiap perkahwinan perlu didaftarkan di mahkamah ini adalah untuk mengelakkan terjadi kes wanita dengan suami melebihi satu.
Tambahan pula satu sijil kursus kahwin adalah untuk satu perkahwinan jika pasangan bercerai ingin berkahwin lain maka mereka perlu menjalani kursus semula.
Baru-baru ini seorang peguam syarie, Tuan Shazril Khariy Mustafa mengejutkan ramai dengan pendedahan tentang seorang wanita yang memiliki dua suami serentak.
Kini tampil pula Puan Hasanah Johari yang sudah hampir 10 tahun dalam bidang sama membongkarkan sebuah isu sama namun dalam versi yang lebih ‘gila’.
Kes ini terbongkar apabila suami keempat wanita terbabit membuat tuntutan bubarkan nikah (farqa nikah).
Menurut mStar, Puan Hasanah memaklumkan bahawa seorang lelaki yang baru berkahwin sekitar seminggu telah didatangi seorang lelaki lain mendakwa isterinya adalah isteri kepada orang lain.
Walaupun terkejut dengan maklumat tersebut, dia bertindak secara waras dengan mendapatkan rujukan lanjut di pejabat agama.
Rupa-rupanya dia adalah suami keempat wanita terbabit dan lelaki yang berjumpa dengannya juga adalah salah seorang suami kepada isterinya.
Wanita tersebut berkahwin dengan keempat-empat suaminya dalam tempoh 2008 hingga 2023.

Amalan poliandri (ada lebih daripada satu suami) adalah bertentangan dengan agama Islam lebih susah jika wanita tersebut mengandung tanpa mengetahui siapa bapanya.
Ini adalah kronologi bagaimana wanita tersebut boleh berkahwin dengan empat suaminya.
2008 – Wanita itu nikah dengan suami pertama. Pernah failkan fasakh namun kes dibuang kerana tak datang ke mahkamah. Maka tidak wujud perintah fasakh.
2013 – Berkahwin dengan suami kedua di Thailand. Pernikahan itu tak direkodkan. Lepas bercerai dengan suami, terus kembali ke Malaysia. Anggap ikatan tersebut terbubar sendiri tanpa buat sebarang pengesahan dengan pejabat agama/ mahkamah syariah.
2017 – Berkahwin dengan suami ketiga dan tidak lagi bersama (tiada rekod penuh).
2023 – Berkahwin dengan suami keempat.
Disebabkan tiada rekod penceraian maka dia dianggap masih bersuami walaupun sudah tidak tinggal bersama.
Dalam prosiding yang berlangsung, wanita itu mengakui dia telah membuat andaian sendiri kononnya pernikahan dahulu terbubar sendiri.
Setelah ditimbal dari semua aspek, Tuan Hakim mengesahkan rumah tangga dengan suami keempat adalah tidak sah lalu terbubar serta merta.
Jangan buat main bab perkahwinan, bayangkan nikah tersebut sebenarnya tidak pernah berlaku dan hubungan suami isteri tersebut adalah haram maka berapa banyak dosa sudah mereka lakukan.
Baca juga: Penangan BTS Jungkook, keranda harga RM17k dalam muzik video pun boleh ‘sold out’