Wanita maut ditikam rakan lelaki di parkir restoran, sempat makan ‘lunch’ bersama

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan di Jalan Sungai Nibong 5 yang terletak di Kapar, Selangor pada petang kelmarin.

Mangsa difahamkan sempat makan tengah hari di restoran di Jalan Bayu Tinggi 5 bersama rakannya sebelum ditikam lelaki terbabit di kawasan parkir premis tersebut.

Wanita yang berlumuran darah itu kemudian dimasukkan ke dalam kereta sebelum suspek bertindak memandu pulang ke rumahnya iaitu di lokasi mangsa ditemukan.

Sebaik sahaja menyedari mangsa tidak lagi bernyawa, suspek yang berusia 44 tahun itu membuat keputusan untuk menikam badannya sendiri sebelum dia ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fon berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian tikaman tersebut.

Menurut Hoong Fong, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pada pukul 1.20 tengah hari ketika mangsa yang berusia 26 tahun itu berjumpa dengan suspek di restoran.

Baca Artikel Penuh