Wanita maut lepas 8 bulan kahwin, dipukul suami guna dumbel angkara cemburu

Oleh WAN SITI AMINAH

Angkara cemburu, seorang lelaki dari Shah Alam tergamak memukul isterinya dengan menggunakan dumbel sehingga maut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, anggotanya menerima laporan daripada seorang lelaki pada jam 5.33 pagi kelmarin.

Lelaki berusia 38 tahun itu mulanya memberitahu polis bahawa isterinya telah mengalami sawan dan dibawa ke Hospital Shah Alam kerana tidak sedarkan diri.

Walau bagaimanapun, pemeriksaan awal oleh doktor mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuh mangsa yang merupakan tenaga pengajar kolej di Sarawak itu.

Perbuatan lelaki itu akhirnya terbongkar  apabila siasatan lanjut polis mendapati suspek telah memukul mangsa di rumah mereka di Jalan Sungai Congkak sebelum dibawa ke hospital.

Suspek kemudian segera ditahan di Hospital Shah Alam dan senjata yang dipercayai digunakannya bagi memukul mangsa turut dirampas oleh pihak polis, lapor Harian Metro.

Baca Artikel Penuh