Wanita meraung kemaluan rasa terbakar, rupanya disihir mentua guna darah haid

Oleh WAN SITI AMINAH

“Kemaluan terasa terbakar. Selalu keluar air hitam yang busuk,” itulah keadaan yang terpaksa dialami oleh seorang wanita sejak mendirikan rumah tangga.

Membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang dengan lelaki yang dicintai, perkahwinan tersebut rupanya tidak direstui oleh ibu mentua.

Bagai tidak menerima takdir, ibu mentua itu juga didakwa sanggup menggunakan ilmu hitam untuk meruntuhkan masjid yang telah terbina.

Sejak itu, wanita tersebut mula melalui episod hitam di dalam hidup setelah merasa sakit seperti terbakar dan sering keluar air hitam yang busuk pada kemaluan.

Tidak tahan lagi dengan kesengsaraan yang terpaksa dihadapinya itu, wanita berkenaan memutuskan untuk berubat dengan pengamal perubatan Islam.

Proses perubatan itu sempat dirakam sebelum dikongsi oleh perawat wanita menerusi satu hantaran di akaun TikTok milik @nurularsyifaalmustaqim.

Menurut perawat tersebut, wanita berkenaan tidak mereka cerita kerana ibu mentua telah melakukan perbuatan terkutuk itu di hadapan bapa mentua.

Sangat menjijikkan, ibu mentua wanita itu dikatakan telah bertindak melumur gambar perkahwinan anaknya sendiri dengan darah haid yang busuk.

Gambar yang dilumur darah itu kemudian dipuja setiap hari dengan penuh harapan ‘keji’ agar perkahwinan anaknya musnah.

“Ibu mentua bertopengkan iblis. Alim, imej yang warak bukanlah tiket ke syurga. Satu badannya dilumurkan darah kotor atau haid.

“Itulah salah satu cara mentuanya gunakan ilmu hitam terkutuk untuknya. Perkahwinan yang tidak direstui, akhirnya hidup merana,” tulis perawat itu.

Menerusi video yang dikongsi perawat itu, wanita tersebut terlihat meracau dan meraung ketika rawatan dijalankan di sebuah rumah di Kuantan, Pahang.

Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa sembuh atau sebaliknya, perawan berkenaan sempat berkongsi rasa sedih akan nasib wanita itu.

“Allahuakbar, subhanallah. Kenapa ada manusia sezalim ini di muka bumimu ya Allah.” Katanya.

Baca juga: Berang hutang RM87,000 tidak dibayar, wanita pukul dan tendang perut bekas suami