ZRA selamat tiba di Turki selepas diculik

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad selamat mendarat di Istanbul selepas diculik oleh tentera Israel kelmarin.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh sukaralewan Sumud Nusantara 1.0, PU Rahmat di media sosialnya sebentar tadi.

Menurutnya, ZRA selamat mendarat di Istanbul jam 3 pagi di Istanbul  sebentar tadi.

 “Apakah mereka akan meneruskan pelayaran atau pulang itu akan ditentukan oleh jawatankuasa pemandu (steering Comittee) Sumuf Flotilla.” tambahnya lagi.

Kelmarin, bekas wartawan itu  ditahan bersama dua lagi rakyat Malaysia oleh rejim Israel semasa pintasan kapal dilakukan.

Memetik laporan Berita AlHijrah, kapal yang dinaiki ZRA adalah Arkham III atau Al-Faluja, manakala dua lagi; Dr Jihan dan Kapten Osman menaiki kapal Eros I.

Sebelum ini media melaporkan misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berdepan ancaman apabila bot tentera Israel mengepung dan memintas 11 kapal GSF secara tidak sah berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece.

Dalam insiden itu, tentera Zionis turut mengancam penculikan dan keganasan.