Masuk ni dah 5 kali anak kena cekup, orang tua terpaksa keluar duit tabung haji nak ikat jamin

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah ditatang sejak kecil, bila membesar menyusahkan ibu bapa namun orang tua ini jugalah yang sanggup gadai nyawa dan harta demi anak.

Seorang peguam, Aminahtul Mardiah yang berkongsi kisah dirinya mengendalikan prosiding dalam mahkamah.

Mnerusi TikTok, beliau berkongsi kisah seorang bapa yang mengeluarkan simpanan tabung haji demi menjamin anaknya, Orang Kena Tuduh (OKT).

Anak yang sudah menjangkau usia 28 tahun dikatakan terjebak dengan barang terlarang tapi nasib baik kerana kesalahan tersebut masuk dalam kategori yang boleh bebas dengan jaminan.

Lebih memilukan yang hadir untuk mengikat jamin adalah seorang lelaki yang sudah terketar-ketar tangan.

Mendengar kehendak si ayah, Aminahtul dengan perasaan sayu menyerakan semula duit jaminan tersebut.

Aminahtul juga menasihatkan si ayah untuk melepaskan anaknya untuk kali ini dan gunakan duit itu untuk pergi tunaikan haji.

Baca juga: Azlan Man ‘dingin’ dengan media, tepis mikrofon wartawan ketika ditanya tentang kes dihadapinya