50 peratus kekurangan guru di Sarawak diatasi menjelang Mac

Oleh MALAYSIADATELINE

Kementerian Pendidikan (KPM) akan cuba mengisi 50 peratus daripada anggaran jumlah 3,000 kekurangan guru di Sarawak menjelang Mac depan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata usaha itu merupakan langkah awal pihaknya bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di Sarawak.

Beliau juga yakin penyelesaian mampu dicapai walaupun dasar nisbah 90:10 guru Sarawak dan guru bukan dari Sarawak masih digunakan di negeri itu.

“Akan ada penempatan baharu (guru) menjelang Mac dan kami akan cuba selesaikan dalam 50 peratus dahulu kerana isu penempatan guru ini bukan sahaja berlaku di Sarawak tetapi negeri-negeri lain yang harus kami selesaikan juga.

“Penempatan guru juga ada kitaran, ada juga guru yang mohon untuk pulang ke negeri asal dan kami perlu bawa guru baharu untuk gantikan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Batu Kawa di sini, hari ini. 

Fadhlina berkata selain isu kekurangan guru, isu fasiliti termasuk membaik pulih sekolah daif menjadi agenda utama KPM di Sarawak.

Baca Artikel Penuh