53,245 pasangan islam bercerai tahun ini di Malaysia

Oleh ROSLAN ZAMAN

Seramai 53,245 pasangan Islam di seluruh negara direkodkan telah bercerai dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.

Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan jumlah kes perceraian tertinggi iaitu 10,774 kes, diikuti Johor (6,078), Kedah (4,582), Perak (3,908) dan Kelantan (3,820).

Sabah (3,810), Pahang (3,767), Terengganu (3,647), Wilayah Persekutuan (3,397), Negeri Sembilan (2,679), Sarawak (2,233), Pulau Pinang (2,026), Melaka (1,793) dan Perlis (731).

Angka yang direkodkan itu ialah kes perceraian yang sudah disahkan oleh Mahkamah Syariah dan ia tidak termasuk kes pada peringkat permohonan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia (JKSM), Datuk Mohd Amran Mat Zain seperti dilaporkan Berita Harian.

Punca berkaitan jenayah yang direkodkan ialah apabila pasangan yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah atau perlakuan jenayah lain.

“Antara punca lain adalah kegagalan suami atau isteri menunaikan tanggungjawab masing-masing, termasuk gagal memberi nafkah (bagi suami), bersikap kasar atau mendera serta menghilangkan diri, tiada persefahaman, masalah kewangan atau curang,”

“Setiap permohonan perceraian akan disaring mengikut peruntukan undang-undang Islam, termasuk di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.

“Mahkamah akan menilai asas permohonan dan melihat sama ada ia memenuhi syarat hukum syarak. Dalam banyak kes, mediasi dijalankan dahulu, jika berjaya, pasangan boleh berdamai. Jika tidak, barulah mahkamah mengesahkan perceraian melalui lafaz yang sah,” kata Mohd Amran.