Sebanyak 4,905 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun.
Beliau berkata, kes keganasan rumah tangga pada tahun 2020 direkodkan sebanyak 5,260 kes iaitu lebih rendah jika dibandingkan pada tahun 2019 sebanyak 5,657.
Oleh itu katanya, data keseluruhan kes keganasan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa Mac 2020 hingga Ogos 2021 adalah sebanyak 9,015 kes.