Rakyat Malaysia dijangka akan memenuhi pulau Langkawi apabila pulau peranginan itu dibuka untuk percutian mula 16 September ini kepada mereka yang telah divaksinkan sepenuhnya.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara kecuali yang berada di Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 16 September.
Ekoran itu, Langkawi menjadi trending dalam Twitter di mana lebih 20,000 kicauan mengenai Langkawi dibuat dalam media sosial itu.
Syarikat penerbangan, hotel, pengangkutan bahkan pemilik homestay mula mengiklankan tawaran mereka kepada orang ramai yang dijangka memenuhi Langkawi.
Malaysia Aviation Group (MAG) yang memiliki syarikat penerbangan Malaysia Airline, Firefly dan MHholiday membuat tawaran tambang murah untuk perkhidmatan penerbangan mereka mulai 16 September iaitu hari Malaysia.
Antaranya tawaran harga RM89 all in untuk satu hala perjalanan dari Kuala Lumpur oleh Malaysia Airline.
Firefly pula menawarkan RM69 penerbangan dari Subang ke Langkawi dan RM19 sahaja dari Pulau Pinang ke Langkawi untuk mereka yang sudah divaksin penuh.
Ia berkuatkuasa untuk penerbangan dari 16 September hingga 31 Oktober 2021.
Pemilik homestay di Langkawi juga mula menghebahkan tawaran mereka.
Antaranya pengguna twitter yang menggunakan nama Insp. Miaw Miaw Fuzzyface @MiaNawawi menulis, beliau mempunyai 3 homestay di Langkawi.
“Sudah dua tahun takde orang. Jadi saya buat promo beli satu malam, dapat free satu malam lagi,” tulis beliau.
Ahmad Ammar Nvx @AhmadNvx pula menawarkan perkhidmatan pakej pelancongan ke Pantai Cenang, Langkawi.
“Jet ski, mangrove tour, sun set, day cruise, island hopping , fun fishing,” tulis Ahmad melalui twitter beliau menyambut pengumuman Gelembong Langkawi itu.