Setelah kalah, Bersatu disaran bersedia mungkin Pas kembali kepada ‘janda’ mereka

Oleh BORHAN AHMAD

Melihat kepada komen-komen pemimpin Pas selepas kalah di Melaka baru-baru ini, Bersatu disarankan agar bersedia kemungkinan Pas akan kembali kepada ‘janda’ mereka iaitu Umno, kata MP AMANAH, Mohamed Hanipa Maidin.

“Depa ni agak ‘liar’ dan kaya dalil,” tulis ahli parlimen Sepang itu.

Umno pula, kata beliau, kenalah bersedia jika mahu menerima semula Pas kerana parti itu penuh dengan dalil-dalil dalam segala tindakan mereka.

“Bersatu kena sedia jika pasangan anda itu mungkin lari balik ke ‘janda’ depa.

“‘Janda’ pun kena bersedia jika terrima depan.

“Depa ni agak ‘liar’ dan kaya dalil,” tulis ahli parlimen Sepang itu.

Menjelang pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini, Pas membuat keputusan menolak untuk kerjasama dengan Umno tetapi memilih bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu dan Gerakan.

Ia telah dikesali oleh Umno sehingga timbalan presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan sendiri terkejut, “apa-apa yang digunakan oleh Bersatu sehingga ‘lobai-lobai’ ini lupa,” kata beliau dalam satu video yang ditularkan.

Namun selepas BN menang cemerlang di PRN Melaka, suara-suara mahu bekerjasama dengan Umno wujud semula di kalangan pemimpin Pas walaupun menggunakan kata penuh bidalan dan berlapik.

“Umno adalah sahabat Pas dalam MN dan diharapkan kerjasama tersebut terus diperkukuh menjelang PRU15 dan rundingan menyatupadukan ketiga-tiga parti itu akan terus dilakukan.

“Kita akui akar umbi mahu MN dan kita harap pihak Umno mengukuhkan MN dalam pilihan raya akan datang. Apa yang lebih penting kerajaan negeri Melaka tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) meskipun PN juga kalah dalam PRN itu,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin sebagaimana dipetik Utusan.