Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih cekap dan berpengalaman menguruskan situasi banjir besar baru-baru ini berbeza jika dibandingkan dengan kerajaan.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, kerajaan dilihat tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam berdepan dengan situasi bencana alam.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan perlu belajar daripada pihak yang lebih cekap menguruskan banjir.
“Saya berpendapat kerajaan belum ada cukup pengalaman urus bencana. Saya lihat NGO jauh lebih cekap terutamanya isu banjir kerana mereka ada pengalaman di Acheh dan negeri-negeri pantai timur,” lapor Astro Awani.
Walau bagaimanapun, beliau yang juga Naib Presiden AMANAH berkata, NGO tidak mempunyai kuasa penuh untuk bertindak meskipun memiliki pengalaman luas.