Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 442 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir sehingga petang semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun tiada pertambahan kluster baharu dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).
Dalam masa sama,beliau berkata sebanyak 71 kes penyakit berjangkit dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir semalam.
“Ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (semasa 26 kes/kumulatif 1,182 kes), penyakit kulit (semasa 30 kes/kumulatif 522 kes), acute gastroenteritis (semasa 13 kes/kumulatif 238 kes) dan penyakit tangan, kaki dan mulut (semasa dua kes/kumulatif enam kes),” katanya dalam satu kenyataan.