Perhimpunan #Tangkap AzamBaki bergerak dari Bangsar ke Masjid Negara

Oleh BORHAN AHMAD

Bermula dari bawah jambatan LRT Bangsar, peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki kini menuju ke Masjid Negara walaupun diminta berhenti di Brickfield oleh polis.

Peserta yang memakai baju serba hitam itu bergerak perlahan-lahan sambil melaungkan Tangkap Azam Baki ke pusat bandaraya dari Jalan Bangsar.

Ketua Polis Daerah Brickfields Amihizam Abdul Shukor bertemu telah dengan wakil penganjur perhimpunan Tarmizi Anuar.

Amihizam meminta perarakan oleh beberapa ratus penunjuk perasaan, sebahagian besarnya berbaju hitam, untuk berakhir di Brickfields.

Tarmizi bagaimanapun memohon agar mereka dibenarkan berpindah ke Masjid Negara.

Mereka bergerak melalui Jalan Travers dan menuju Masjid Negara.

Azam Baki kini berada di tengah-tengah skandal kewangan, berikutan pendedahan beliau membeli 2.15 juta saham dalam Excel Force MSC Bhd pada 2015, serta 1.93 juta saham dalam Gets Global Bhd pada tahun sama dan 1.02 juta saham tahun berikutnya.

Ketika itu, Azam merupakan pengarah siasatan SPRM.

Dalam satu sidang media, Azam berkata, adik beliau menggunakan akaun beliau untuk berurusniaga dalam bursa saham namun Suruhanjaya Securiti (SC) kemudiannya memaklumkan, Azma tidak bersalam kerana beliau menguruskan sendiri akaunnya.

Gerakan #TangkapAzamBaki disokong oleh 33 kumpulan masyarakat sivil dan 11 parti politik.