Spekulasi mengenai kemungkinan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kembali bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan masih belum terjawab apabila beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pucuk pimpinan UMNO.
Ketika diminta mengulas sama ada namanya bakal dipertimbangkan sebagai calon, Khairy memilih untuk tidak membuat sebarang andaian awal lapor Harian Metro.
“Saya tidak tahu, tanya parti,” katanya ringkas seperti dipetik Harian Metro.
Sementara itu, Khairy memberi petunjuk lebih jelas mengenai penglibatannya dalam PRN Johor apabila ditanya sama ada beliau akan turut serta membantu kempen pilihan raya negeri tersebut.
“Saya akan berada di sana,” katanya.
Kenyataan itu dilihat memberi gambaran bahawa bekas Menteri Kesihatan itu bakal turun padang membantu gerak kerja kempen walaupun belum ada pengesahan mengenai sebarang pencalonan untuk dirinya.
Baca juga: Pelabuhan Bintulu sah diserah kembali kepada Sarawak, ini fakta yang ramai tak tahu