Bagaikan ibu tunggal, seorang wanita berusia 26 tahun hanya bergantung hidup dengan bantuan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Mempunyai tiga orang anak, wanita yang tidak bekerja itu ditinggalkan suaminya tanpa khabar berita di saat kandungannya berusia lapan bulan.
Kini menumpang di rumah ibu tiri, berikut adalah perkongsian wanita yang dilema apabila pintu hatinya mula diketuk lelaki lain saat belum sah bercerai.
“Segala persekolahan anak dan makanan, pakai, pampers semua berharap duit dari JKM bagi. Dengar cerita suami saya pergi ke negara seberang tapi saya tak tahu dia ke mana. Menghilang tanpa sebab dan tanpa jejak. Keluarga dan kawannya pun tidak tahu dia dimana.
“Saya dah gi failkan permohonan tuntutan nafkah anak dari tahun 2017. Setiap kali bicara, 10 kali dia langsung tak hadir dan tak bagi kerjasama. Malah saya kalah dalam menuntut hak nafkah anak-anak disebabkan dia tidak dapat dikesan.
“Waran tangkap pun dikeluarkan, tapi tidak dapat dikesan. Saya tak dapat buat apa-apa lagi selain berdoa semoga dia terbuka pintu hati untuk bertanggungjawab terhadap anak-anak kami.
“Masalahnya sekarang saya ada mengenali seorang lelaki yang masih teruna dan kami sudah pernah terlanjur. Beza umur kami hanya setahun sahaja. Dia dah datang jumpa dengan Abah Ma saya untuk mintak izin berkenalan dan ambil saya jadi isterinya. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT.
“Tapi disebaliknya, keluarga sebelahnya tidak sukakan saya disebabkan saya masih isteri orang dan ada anak. Mak dia dah ada calon lain. Mereka memang rapat sebab dah setahun mengenali. Tapi bakal suami saya tu langsung tidak sukakannya. Disebabkan itu bakal suami saya sampaikan hasrat untuk menikahi saya.
“Maknya, kakaknya dan adik bongsunya menentang sampai tidak bagi dia berkahwin dengan saya. Pilihan mereka tu non-muslim, anak dara dan anak orang kaya. Sedangkan saya tiada harta benda. Yang betul-betul saya ada adalah anak-anak saya sahaja kat dunia ni. Bakal suami saya tu nekad nak nikah juga dengan saya.
“Tapi dihalang oleh kakaknya. Sepatutnya bakal suami saya kursus kahwin hari ini dan esok. Tapi kakaknya salah guna kuasa sebagai penolong pegawai penguatkuasa di pejabat agama lalu membatalkan nama dalam list kursus pada hari ni. Kakaknya dah bagi amaran. Segala permohonan nikah dia tidak akan luluskan.
“Termasuk permohonan nikah luar negeri, kami bukan satu negeri. Abang kepada suami dahulu pun nikah semua mak dia tak bersetuju juga. Tapi Alhamdulillah sekarang semua baik-baik sahaja. Tapi yang menjadi masalah bagi bakal suami saya ialah mak dia ugut dia.
“Kalau nak jugak nikah saya, sampai bila-bila mak akan terasa dengan dia. Sebab bakal suami saya itu adalah anak bongsu lelaki. Nak-nak dia anak lelaki. Syurga bakal suami saya tu ada pada ibunya.
“Apa yang harus saya buat? Sedangkan bakal suami saya minta saya sokong dia walaupun dia sendiri bakal melukakan hati ibunya. Saya takut rezeki bakal suami saya tidak berkat nanti. Saya juga takut kehilangan bakal suami saya. Sebab saya betul-betul sayangkan dia kerana Allah Taala.
“Alhamdulillah belah family saya tiada masalah. Cuma belah bakal suami saya je yang bermasalah. Sekarang ni bakal suami saya sedang memujuk maknya untuk kali terakhir tentang kami nak nikah. Kami mampu ikhtiar dan berdoa agar pintu hati ibunya dapat menerima saya sebagai menantunya.
“Tolong doakan saya semua semoga saya tabah. Kuat lalui ujian dan dugaan dari Allah SWT untuk saya kali ni. Saya dah lama dan dah jemu hadap derita. Salah ke saya nak merasai kebahagiaan yang sebenarnya. Memiliki suami di sisi saya dan anak-anak yang menumpang kasih sayang dari seorang ayah tiri.
“Saya tak kuat rasanya. Tapi saya perlu berpura-pura kuat untuk sokong dari belakang bakal suami saya. Saya terpaksa menangis senyap-senyap. Sebab saya dah tiada tempat nak meluah. Tak mungkin saya nak meluah kat family saya.
“Takut kemudian hari apa padangannya kat family bakal suami saya nanti. Doakan saya dan anak-anak saya kuat ya semua. Terima kasih luangkan masa membaca coretan hidup saya yang penuh penderitaan. Maafkan saya andai ada salah ejaan atau bahasa yang tidak sengaja saya luahkan.Assalamualaikum dari insan yang hina.” Luahnya.
Baca juga: Tupperware umum bakal gulung tikar, ini adalah puncanya