Pastinya tidak selesa untuk tinggal bersama mentua, tidak kira buat wanita mahupun lelaki apatah lagi jika anda dan mentua tidak serasi.
Seorang wanita membuat naik pengakuan menerusi Kisah Rumah Tangga mengenai dirinya yang tidak tahan dengan perangai ibu mentua yang terlalu berkira.
Di bawah adalah perkongsian tersebut.
Aku dah tujuh tahun kahwin, dulu aku simpan dan pendam apa aku rasa tapi boleh gila sebab mentua aku punca pergaduhan.
Banyak kali aku cuba buat solat hajat, berdoa aku tabah tapi makin lama semakin tertekan dibuatnya.
Mak mentua aku ni kedekut walaupun berduit orangnya.
Ceritanya aku dengan suami tinggal rumah mentua tapi yang tak tahannya dengan perangai berkira ibu suami aku.
Dia membebel je min cakap kopi susu habis, beras habis. Kalau masak pula hanya semangkuk sukatan sahaja.
Tahap kedekutnya sampai telur rebus pun potong lapan, derita betul kalau nak makan rumah dia sebab kena ikat perut.
Macam mana nak bagi anak aku paham jangan makan banyak kat rumah nenek dia min? Aku ada cakap dengan suami tolonglah jangan duduk dekat rumah mak dia.
Susah nak makan. Dia buat tak tahu je min, suami memang la makan banyak pon dia tak kisah boleh ambil sendiri.
Mak dia tak akan marah sebab anak dia, tapi kalau menantu dan cucu yang dia kurang sikit ni derita min.
Sedih sangat. Aku kadang puasa je min sebab nak bagi laluan anak aku makan dulu.
Untuk pengetahuan semua, mak mentua aku tak bagi memandai mandai nak masak menu kita sendiri. Segala mak nenek bawang, minyak dia sukat dan catu.
Dia akan melerek je mata kalau kita cuba guna bahan bahan dia, padahal orang susah lagi pemurah makanan daripada dia.
Aku tengok orang susah tu kalau anak menantu cucu datang segala makanan dia nak hidang. Mak mentua aku tak min, yang sedap dia sorok.
Cuma aku minta pendapat macam mana ya nak bagi suami aku faham jangan lama lama dekat rumah maknya?
Sebagai suami, perlulah belajar mendengar cakap isteri terutamanya melibatkan hal begini. Takut ini boleh menjadi punca penceraian.
Baca juga: Azlan Man ‘dingin’ dengan media, tepis mikrofon wartawan ketika ditanya tentang kes dihadapinya