Siap minta akaun Facebook, ajak ‘dating’, perompak jatuh hati dengan mangsa samun

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki hampir membatalkan niat merompak wanita selepas terkedu melihat kecantikan mangsa.

Kejadian berlaku di Indiana itu berlaku selepas suspek yang dikenali sebagai Damien Boyce mengacukan pistol kepada Amber Beraun.

Menurut United Press International, Boyce mengambil wang tunai berjumlah AS$100 (RM468) milik mangsa.

Tidak hanya itu, suspek kemudian meminta mangsa mencari namanya di Facebook dan menambahnya menjadi rakan.

Suspek malah memberitahu mangsa bahawa dia akan membayar balik wang yang dirompak sebelum melarikan diri menggunakan sebuah basikal.

Tak lama selepas itu, mangsa menerima pesanan ringkas di Facebook untuk keluar janji temu bersamanya.

“Saya hanya mampu memulangkan wang anda. Saya tahu cara kita bertemu agak kasar, namun anda terlalu cantik untuk dirompak.

“Kita perlu bertemu, marilah berjumpa. Saya berjanji saya bukan seorang pemarah,” kata suspek dalam pesanan tersebut.

Boyce ditahan Rabu lalu atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata serta didakwa kerana memiliki pistol untuk melakukan jenayah.

Baca juga: “Effort dia memang A+” – Lelaki sanggup berbasikal dari Selangor ke Perak untuk surprise tunang