Berkat kesabaran menunggu penerbangan yang tertangguh selama 18 jam, seorang lelaki menjadi satu-satunya penumpang dalam pesawat itu.
Menurut New York Post, lelaki dari Amerika Syarikat itu turut diberi ganjaran tiket penerbangan kelas pertama.
Dalam temu bual dengan Insider, Phil Stringer terharu apabila kru American Airlines muncul hanya untuknya dan mengubah suasana menjadi pesta di awan biru.
Menerusi perkongsian video dimuat nai di TikTok @phil.stringer anak kapal dilihat bergelak ketawa bersamanya ketika mereka melakukan rutin keselamatan pesawat.
“Saya pergi ke pintu pagar dan tiada sesiapa di sana. Adakah semua penumpang sudah menaiki pesawat?” soal pemuda tersebut.
“Tidak, sayang, awak satu-satunya penumpang,” kata pramugari bertugas.
Tak perlu bayar mahal untuk rasai pengalaman naik jet peribadi, teruskan menunggu kapal terbang anda yang delay (tertangguh).
Baca juga: “Dia ingat mak aku bodoh agaknya tak kenal anak sendiri” – Taktik baru scammer minta ‘duit tebusan’