Taktala ramai melihat sisi popular artis dari Korea, tak ramai sedar bahawa banyak penyanyi yang terdedah dengan pelbagai aktiviti hingga merosakkan mental mereka.
Malah ada artis yang tidak dibayar gaji selagi mana mereka masih berhutang dengan syarikat yang telah melatih mereka.
Ini adalah kisah seorang bekas penyanyi kumpulan Kpop, Teen Top, Bang Min-Soo yang telah mengundurkan diri dari kumpulan dan syarikatnya lapor KpopStarz.
Di kala usia sudah mencecah 30-an, banyak artis Korea memilih jalan sendiri untuk mengembangkan bakat dan penyanyi ini tidak malu bekerja sebagai pemotong rumput.
Lebih dikenali sebagai C.A.P, dia kini aktif mempromosi servis menggunakan Instagram peribadi dan dia sendiri akan turun memotong rumput mereka.
Dalam sehari dia mampu meraih lebih RM200 bergantung kepada keluasan kawasan dan dia mampu menyelesaikan kerjanya dalam masa setengah jam.
Disebabkan ramai warga muda yang tidak reti memotong rumput, maka ia membuka peluang untuk orang sepertinya mendapatkan kerja.
“Jika jadi artis, saya akan raih pendapatan lebih banyak. Namun ia tidak penting lagi bagi saya. Saya lebih bahagia sekarang.
Ini jelas membuktikan bahawa duit bukanlah segalanya, ada kala dikelilingi duit dan barangan mewah juga mampu membuatkan seseorang itu merasa kosong.