Anak-anak pastinya mahukan kebahagian buat oran tua mereka apatah lagi yang sudah bercerai, bimbang ibu atau bapanya kesepian.
Seorang wanita berkongsi kisah pelik yang dialaminya selepas berkahwin dengan bapa kepada rakan anaknya.
“Siapa sangka perkenalan kami bermula dengan persahabatan anak-anak akhirnya bawa kami ke jinjang pelamin.
Itulah namanya jodoh, tak siapa sangka dan semuanya berlaku dalam masa yang cukup singkat, yang saya langsung tidak menduga.
Anak saya Amin ada kawan nama Zahir mereka berkawan baik, masih menuntut walaupun berlainan universiti.
Mereka berpakat untuk menjodohkan emak dengan ayah mereka yang sudah lama menyandang gelaran ibu dan bapa tunggal.
Memang saya tak sangka pada usia 40-an ini ada orang yang cuba mencarikan jodoh untuk saya.
Kerana selama bertahun-tahun menjanda saya tak pernah terfikir nak kahwin lagi, sebab saya utamakan kehidupan anak-anak.
Tambahna pula, saya boleh sara makan, pakaian mereka, selain membiayai pelajaran kerana anak-anak tidak pernah mendapat nafkah daripada ayahnya.
Tetapi anak-anak mendesak, katanya Zahir sudah lama mencari calon isteri untuk ayahnya yang sudah lama menduda.
Mereka tinggal berjauhan sebab ayahnya bekerja di Timur Malaysia. Jadi kalau ada isteri di semenanjung tentulah ayahnya boleh pindah kembali dan dapatlah mereka berkumpul.
Cerita Zahir lagi, ayahnya mungkin bersara dua atau tiga tahun lagi. Jadi tentu mereka semua boleh berkumpul, jika tidak selama ini mereka tinggal dengan nenek.
Harapan mereka bila ayahnya sudah beristeri, bolehlah ayah membina keluarga baru dan mereka boleh berkumpul adik-beradik, walaupun abangnya sudah pun berkahwin.
Kata anak saya lagi, Zahir tahu saya sudah jadi ibu tunggal. Jadi memang sesuai jika kami dijodohkan.
Bila berita ini disampaikan dan saya disuruh berfikir, tanpa banyak cerita saya tolak. Pertama saya sudah lama jadi ibu tunggal, sudah lama hidup bersendirian, rasanya saya selesa hidup bersendirian. Tetapi keluarga mendesak.
Atas nasihat keluarga, akhirnya saya setuju. Anak-anak aturkan untuk bertemu bagi perkenalan pertama. Diikuti dengan pertemuan kedua dan ketiga.
Itu sahaja, sebab kami sibuk bekerja. Bertelefon pun tidak sebab latar belakang kami telah diceritakan oleh anak-anak kepada ibu dan ayah masing-masing.
Sebulan selepas pertemuan dan berkenalan, keluarga menetapkan kami segera nikah, tetapi anak-anak terlebih pandai, mereka suruh kami bertunang dulu.
Memamg pelik, tetapi kami ikutkan saja kehendak anak-anak. Mereka lebih tahu.
Dua bulan kemudian tarikh pernikahan kami ditetapkan, memang pantas dan mengejutkan.
Saya turut kehendak anak-anak. Sebab percaya mereka kenal kawan mereka dan tentu mereka tahu apa yang terbaik untuk emak dan ayah mereka.
Majlis pernikahan berjalan meriah. Seluruh keluarga hadir, malah ada yang menempelak, kata mereka; dulu awak kata tak mahu nikah lagi, sekarang macam mana?
Saya cuma tersenyum lepas disindir. Lebih mengejutkan mereka, saya diberikan mas kahwin termahal lebih RM20K tak masuk hadiah barang kemas serba satu.
Bukan saja saya terlopong, saudara-mara turut terkejut dan gembira. Saya fikirkan kerana majlis berjalan meriah, tentulah kemeriahan sampai ke pagi, tetapi peliknya selepas nikah bila sampai ke rumah, perangai suami saya berubah seratus peratus.
Dia seolah-olah bukan seperti pengantin baru. Anak-anak siapkan bilik yang cantik dan selesa, bapa tiri lebih senang tidur di sofa.
Pelik? Alasannya sebab banyak urusan, jadi dia bertelefon hingga 3 ke 4 pagi. Saya fikir mungkin dia masuk bilik tidur kemudian, tetapi dia tidur di sofa.
Peliknya malam esok perkara yang sama berlaku, hinggalah minggu minggu seterusnya hingga sebulan kami tidak pernah bersama, malah suami tak pernah masuk ke bilik untuk tidur.
Memang pelik! Saya rasa saya taklah hodoh sangat, lagi pun kami sudah pernah berjumpa.
Dan dia setuju, tetapi mengapa dia tidak mahu masuk tidur bersama saya isterinya yang sah?
Persoalan yang sangat pelik untuk saya jawab. Genap lima minggu kemudian suami menghilangkan diri. Lagi pelik. Satu malam saya masuk tidur lepas jam 12 malam.
Suami sibuk dengan telefonnya. Saya lihat dia lebih banyak diam dan mendengar daripada bercakap.
Apabila saya bangun untuk solat subuh, saya lihat lampu masih menyala tapi suami tidak ada tidur di sofa. Hati berdebar, ke mana dia pergi.
Cari di luar rumah pun dia tiada. Saya masuk ke bilik saya lihat bag pakaiannya tidak ada. Sah dia sudah keluar tinggalkan rumah.
Peliknya kami tak bergaduh apa lagi bertengkar. Tetapi mengapa dia tidak beritahu ke mana dia pergi.
Dia pergi tinggalkan saya tanpa sebarang sebab. Keadaan jadi kecoh, puas saya telefon cari dia, tapi telefon tak berjawab, hantar wassap pun tak dibuka.
Telefon mentua, mereka tak tahu, anak-anak pun merasa pelik. Ke mana ayah mereka menghilang?
Dalam tempoh seminggu memang saya sentiasa telefon mencarinya, tapi tak berjawab. Berpuluh mesej saya hantar satu pun tidak dibaca.
Dalam kekeliruan itu saya terima panggilan telefon dari seorang wanita. Dia kenalkan dirinya isteri kepada suami saya.
Dia beri amaran jangan ganggu suaminya. Saya tanya bila mereka kahwin, sebab masa nikah suami saya mengaku dia duda tak pernah kahwin selepas bercerai dulu.
Dan kalau betul sudah nikah tunjuk surat nikah, jangan pandai-pandai nak ganggu rumah tangga saya.
Kemudian dia beritahu mereka sudah kahwin lebih tiga tahun dan suami saya ada bersamanya.
Memang mengejutkan sedangkan suami langsung tak beritahu saya. Saya mengadu pada keluarga suami, mereka minta maaf sebab mereka pun tak tahu mengapa dia balik ke Malaysia Timur.
Akhirnya saya buat keputusan, mungkin dia tidak selesa kembali tinggal di sini. Saya pasrah, mungkin sampai di sini jodoh kami,.
Tetapi daripada carian yang saya buat, beberapa orang kawan yang kenali suami saya beritahu, suami saya tinggal bersama wanita tempatan.
Banyak benda mistik berlaku
Nikah atau belum mereka tidak tahu, tapi sudah tiga tahun. Lagi pelik! Tetapi lagi pelik sejak tiga bulan ditinggalkan saya alami banyak peristiwa ngeri dan menakutkan.
Pertama, rumah saya sering terbau busuk seperti bangkai. Bau busuk ini biasanya berlaku ketika maghrib, jam 10 malam atau 3 pagi.
Bau busuk kini membuatkan saya jadi takut teramat dan menyeramkan dan saya tak lalu makan.
Yang peliknya anak-anak tak pernah terhidu bau busuk. Cuma saya seorang yang berbau busuk.
Pernah berlaku beberapa kali pintu rumah saya yang berkunci terbuka tengah malam hingga mengejutkan saya.
Bila saya bangun tengok memang pintu terbuka. Saya fikirkan pencuri masuk, tetapi tidak ada. Memang menakutkan.
Bukan itu sahaja, satu malam ketika terjaga untuk ke bilik air, saya terkejut ada lelaki dalam bilik air, saya berkejar cari kayu nak pukul, tetapi bila saya lihat ke belakang tidak ada.
Memang menyeramkan. Kadang-kadang bayangan lelaki ini ada di ruang tamu dan pintu depan rumah.
Bukan itu sahaja dua bilik anak-anak saya juga menyeramkan berdiri bulu roma bila saya masuk, kecuali satu bilik milik anak saya yang hafiz al-Quran, biliknya aman.
Kerana ketakutan yang amat sangat sepanjang dua hingga tiga bulan saya ditinggalkan dengan kejadian yang pelik dan menyeramkan membuat saya terpaksa mencari orang yang ‘pandai’ untuk pulihkan rumah saya.
Daripada pendapat mereka, memang benar rumah saya dimasuki oleh makhluk yang tidak diingini.
Akhirnya saya buat keputasan jika kejadian seperti ini terus berlaku saya tak perlu mencari suami saya lagi, saya nekad sampai di sini sahaja jodoh kami.
Saya tak mahu nyawa saya terancam, saya tak mahu diserang penyakit yang tak boleh dirawat, manusia pandai dengan ilmu yang tak baik jadi tak guna saya cari suami saya.
Biarlah dia dengan hidupnya. Bila saya fikirkan, mengapa saya dan anak-anak terlepas dari diserang dan dirasuk oleh makhluk jahat dan ilmu hitam ini, mungkin kerana kami anak beranak sentiasa solat dan mengaji, berbanding suami saya yang tak pernah solat.
Solat jumaat pun tidak. Kerana itu dia tunduk dan ikut kehendak ‘orang sana’ dan dia tak boleh tidur dengar saya kecuali dia mesti telefon ‘orang sana’ setiap malam. Saya dapat rasakan suami saya di bawah kawalannya.
Kerana itu saya pasrah lebih baik bercerai tak guna ada suami tetapi di bawah kawalan orang lain.
Seperkara lagi, saya hairan mengapa dia tak mahu solat, badan dan pakaianya berbau busuk, bila disuruh mandi sentiasa bertangguh. Pelik.
Dia cuma bertahan tinggal di rumah saya selama sebulan dan dia tidak pernah masuk tidur di bilik saya.
Sebab dia terpaksa telefon ’orang sana’ setiap malam. Mulanya saya terasa amat pelik, tetapi dengan kejadian aneh yang sering berlaku, maka saya yakin suami saya di bawah ‘kawalan.’
Dan dia tak berani berubah, mungkin dalam dirinya tidak ada pendinding al-Quran, tak solat, dan tiada amalan ilmu agama yang boleh membanteras pengaruh roh-roh jahat masuk ke dalam dirinya.
Disebabkan bimbang, saya ambil keputusan muktamat meminta cerai daripada suami setelah lebih empat bulan ditinggalkan.
Dan dengan mudah suami ceraikan saya. Walaupun saya kesal dengana apa yang terjadi, tetapi saya bersyukur saya dan anak-anak selamat daripada gangguan dan terlantar sakit.”
Ambil masa untuk kenali pasangan sebetulnya kerana bimbang hal seperti ini terjadi, nasiblah wanita tersebut sedar lebih awal jika tidak habis diganggu keluarganya.
Baca juga: Satu kilang huru hara, ratusan pekerja dirasuk gara-gara staff basuh cincai tuala wanita kotor