Tular sebelum ini seorang wanita yang memilih untuk berkahwin dengan abang ipar sendiri selepa kematian kakaknya.
Wanita dari Depok, wilayah Jawa Barat itu kembali menyita perhatian selepas dia berkongsi perkembangan terbaharu keluarga mereka.
Menurut Thaiger, Rafida Sonia, 24, tular tahun lalu selepas dia berkongsi video majlis perkahwinan arwah kakaknya yang berlangsung pada 2014.
Pada masa sama, dia memuat naik video majlis pertunangannya dengan lelaki sama iaitu abang iparnya sendiri.
Kakak rafida meninggal dunia selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga bersama abang iparnya serta meninggalkan seorang anak.
Tidak mahu anaknya kurang kasih sayang si ibu, bang iparnya memilih untuk mengahwini Rafida selepas melihat hubungan rapat dengan kanak-kanak itu.
Kini, Rafida berkongsi kehidupan bahagia mereka setelah berumah tangga yang sekali lagi mendapat perhatian pengguna media sosial.
Dia berkongsib gambar-gambar yang menunjukkan kehidupannya sebagai seorang ibu dengan menjaga anak saudaranya yang kini anak tirinya.
“Setiap kali kami merindui kakak, kami berdoa untuknya di mana-mana sahaja selain turut menziarahi kuburnya bersama-sama.
“Gambar kakak turut diletakkan di rumah supaya anaknya sentiasa mengingati wajah ibunya,” kata Rafida.
Baca juga: Adik reka cerita dongeng isu jual rumah, Shila Amzah ‘meletup’ dedah hal sebenar