Artis lelaki baru kahwin tapi kantoi ada skandal lain, isteri pula anak pelakon veteran?

Oleh MAISARAH AISYA

Jika di awal perkahwinan sudah ada kekasih maka mengapa masih sanggup kahwin jika masih tidak bersedia

Memetik Harian Metro, ada sumber memaklumkan seorang selebriti berstatus suami orang sedang menjalin hubungan cinta dengan wanita yang juga ahli perniagaan.

“Pelakon lelaki tu rupa-rupanya ada kekasih baharu,” ujar sumber tersebut.

Sumber itu turut memaklumkan, wanita itu memiliki perusahaan permotoran selain berasal daripada keluarga berada.

“Minat mereka sama. Keduanya pun kaya, barulah sekufu,” katanya.

Tambah sumber, hubungan tersebut sudah dihidu warganet apabila ramai yang menulis dan memberi bayangan di ruangan komen bekas isteri selebriti berkenaan.

Malah, selebriti itu juga sering memberikan tanda suka atau ‘like’ pada setiap hantaran dimuat naik ahli perniagaan wanita itu.

Dalam masa sama, hubungan selebriti itu dengan isterinya yang juga anak kepada pelakon veteran masih hangat diperkatakan.

Ini adalah selepas selebriti tersebut melalui episod perceraian menerusi perkahwinan pertama.

Malah, isterinya kini sering mendapat kecaman warganet gara-gara tindakannya yang suka mencuri perhatian di media sosial.

Baca juga: Diberi masa 24 jam, Caprice dan Mondy diperintah mahkamah untuk buat perkara ini