Mengandung di usia muda dan ketika sudah berusia adalah berbeza malah risiko juga lebih tinggi.
Buat penyanyi yang menyertai Famili Duo, Tom, kehamilan di usia 37 tahun ini jelas berbeza jika mahu dibandingkan dengan tiga anaknya sebelum ini.
Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram menagkui pergerakan untuknya kali ini lebih terbatas.
“Enam bulan dah, penat juga. Nak bersila pun susah, bangun duduk juga susah tapi ada hati nak pergi meluncur,” ujar Tom di Instagram.
Pada masa sama dia turut membandingkan kehamilan terdahulu dengan sekarang dan merasakan ada perbezaan ketara.
“Mengandung anak perempuan memang beza betul dengan anak lelaki. Azab juga yang mengandung bayi perempuan.
“Dulu masa mengandung anak lelaki, usia kandungan sembilan bulan pun masi boleh pergi menyanyi dekat kelab lagi.
“Kemudian sambung ‘after party’,” tambahnya.
Namun dengankehamilan kali ini, baginya lebih baik berehat ditambah dengan faktor usia yang sudah meningkat.
Malah netizen turut berkongsi pengalaman sama ketik mengandungkan anak perempuan.
“Saya tak ada pengalaman mengandung anak lelaki. Tapi saya ada tiga anak perempuan, memang malas tu mebuak-buak, semput pula tu,” komen pengguna Instagram.
“Pengalaman kita sama! Mengandung anak lelaki, aktif sangat tapi anak perempuan. Allah sampai serik dah nak mengandung lagi.
“Sebab masa ngandung baby girl kena SPD. Jalan pun pakai tongkat, terkangkang-kangkang sebab sakit dekat bahagian pelvic,” tambah pengguna lain.